Tuesday, 10 December 2013

5 busy shapes ~Tahun 1~


What skin is for...


How our honey is made...


Kembar Siam


Kembar siam dari Iran Laden Bijani (kiri) dan Laleh yang berusia 29 tahun meninggal dunia pada 8 Julai 2003 sejurus para pakar perubatan di Hospital di Singapura bagi memisahkan mereka.


Ahmad dan Muhammad, pasangan kembar siam yang berjaya dipisahkan  pada 2002. kini mereka mampu menjalani hidup sebagai kanak-kanak biasa.


MENYINGKAP sejarah kembar Siam, istilah ini diambil sempena sepasang kembar Siam yang dikenali sebagai Chang dan Eng Bunker. Kembar Siam pertama ini dilahirkan pada 11 Mei 1811 di Thailand, (yang dahulunya di kenali sebagai Siam) berketurunan ibu bapa kacukan separuh Cina.
Pasangan kembar yang dikatakan melekat pada bahagian tulang dada hingga ke paras pusat ini kemudian menetap di Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, pasangan kembar ini dikatakan berpeluang menikmati kehidupan dalam jangka masa panjang dan bahagia sehingga mencecah usia 63 tahun.
Bagi pasangan kembar siam, Ritta dan Christina yang berasal dari Perancis, tidak kurang hebat diperkatakan.
Kedua-duanya dikatakan mempunyai kepala, tangan dan tulang belakang yang berasingan. Bagaimanapun, mereka terpaksa berkongsi bahagian bawah badan bermula dari pusat dan memiliki sepasang kaki.
Malangnya, kembar siam ini hanya hidup selama lima bulan sahaja dan selepas kematian, mereka dijadikan bahan pameran pada 1829.
Berikut antara cerita-cerita menarik mengenai kembar siam di seluruh dunia:
*Pasangan Anita dan Aniza, dua gadis dari Kampung Parit Bentara Dua, Bagan Serai, Perak turut dilahirkan sebagai kembar siam kira-kira 28 tahun lalu.
Mereka yang dilahirkan pada 22 Disember 1981 dengan bercantum di bahagian abdomen yang kemudian berjaya menjalani pembedahan pemisahan oleh sekumpulan doktor pakar Hospital Universiti (kini Pusat Perubatan Universiti Malaya).
*3 Disember 1995 - Pakar-pakar bedah Pusat Perubatan Kanak-kanak Schneider (SCMCI) di Israel berjaya memisahkan sepasang kembar siam perempuan yang bercantum pada usus kecil dan besar serta berkongsi pundi kencing.
*Februari 1995 - Pasangan kembar Aida Safa dan Aina Safi berusia lima bulan yang bercantum di bahagian perut dan berkongsi hati meninggal dunia selepas 104 hari dibedah bagi memisahkan mereka di di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur .
*Ogos 2002 - Kembar siam dari Gautemala, Maria de Jesus Quiej Alvarez dan Maria Teresa yang bercantum pada tengkorak kepala dengan muka pada arah bertentangan berjaya dipisahkan. Nasib menyebelahi mereka kerana mereka memiliki otak yang berasingan.
*Julai 2003 - Pasangan kembar siam terkenal dari Iran, Ladan Bijani dan Laleh Bijani. Mereka merupakan pasangan kembar yang melekat di otak.
Mereka mengalami komplikasi pembedahan akibat pendarahan teruk di otak semasa proses memisahkan salur darah besar otak di Singapura pada tahun 2003 dan meninggal dunia pada umur 29 tahun.
*September 2002 - Kembar siam dari Malaysia, Ahmad dan Muhammad berjaya dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit yang dilakukan oleh sepasukan 17 pakar bedah, sembilan jururawat dan 15 pasukan sokongan di Hospital King Fahad National Guard, King Abdul Aziz Medical City, Riyadh, Arab Saudi.
*Satu lagi kembar siam, Ahmed Ibrahim dan Mohamed berjaya dipisahkan sepenuhnya pada 12 Oktober 2003. Pembedahan maraton berlangsung selama 36 jam di Pusat Perubatan Kanak-kanak, Dallas, Amerika Syarikat itu berjaya memisahkan mereka yang bercantum di bahagian kepala tetapi mempunyai otak berasingan.
*21 Mei 2005 - Sepasukan doktor dari Hospital Gleneagles, Singapura berjaya membedah pasangan kembar Siam dari Indonesia Angeli dan Angie yang berusia 15 bulan.

FAKTA
Kembar Siam amat jarang berlaku iaitu hanya satu dalam 50,000 hingga 80,000 kelahiran.
Pembentukan mereka secara fizikal juga berbeza-beza, di mana ada yang terpaksa bergantung dan berkongsi organ.
Begitu juga percantuman pada tubuh mereka, ada yang melekat pada seluruh tubuh, sendi pinggul, karnium, dada dan sebagainya.
Ada kalanya salah satu daripada pasangan kembar Siam menjadi manusia normal manakala pasangannya pula terpaksa bergantung kepada pasangannya yang sempurna. Tidak kurang juga yang meninggal semasa proses kelahiran.
Malah terdapat sesetengah kembar Siam dilahirkan memiliki tangan atau kepala yang lebih dari satu, di mana ia ibarat benda hidup yang terpaksa bergantung kepada orang lain.
Nisbah kelahiran kembar Siam di dunia satu bagi setiap 250,000 kelahiran hidup. Namun, pasangan kembar siam ini bukan sahaja unik dari segi bentuk fizikal mahupun tingkah laku, mereka juga merupakan ciptaan Tuhan yang sering menarik perhatian ramai untuk mengenali mereka sebenarnya.

JENIS-JENIS KEMBAR SIAM
Kembar siam ini terbahagi kepada banyak jenis. Orang-orang Greek menggunakan perkataan pagos, bermakna tempat di mana mereka bercantum.
*Craniopagus: Percantuman pada kepala sahaja, hampir dua peratus daripada keseluruhan kembar siam.
*Pygopagus: Percantuman pada bahagian punggung, ia meliputi hampir 19 peratus daripada keseluruhan kembar siam.
*Thoracopagus: Percantuman pada dada, ia merupakan jenis yang paling kerap ditemui dengan anggaran sebanyak 35 peratus. Ia biasanya melibatkan perkongsian jantung.
*Cephalopagus: Percantuman pada bahagian atas tubuh di mana wajah kedua-dua bertentangan pada kepala yang bercantum. Kes-kes seumpama ini jarang berlaku. Ada kalanya, ia melibatkan perkongsian jantung.
*Parapagus: Percantuman pada bahagian bawah tubuh. Kes-kes seumpama ini melibatkan lima peratus kembar siam. Ada kalanya kembar siam ini terpaksa berkongsi jantung.
*Ischopagus: Percantuman pada separuh bahagian bawah tubuh. Dianggarkan enam peratus kembar siam daripada jenis ini ditemui.
*Omphalopagus: Percantuman pada bahagian depan tengah tubuh. Hampir 30 peratus kes-kes kembar siam seumpama ini ditemui.
*Kembar parasit: Kembar siam tidak simetri di mana salah satu kembarnya bersaiz kecil, tidak terbentuk dengan sempurna dan terpaksa bergantung kepada kembarnya.
*Fetus in fetu: Keadaan di mana janin yang tidak terbentuk dengan sempurna ini terkandung dalam tubuh kembarnya.


Sumber: Utusan Malaysia 

Monday, 9 December 2013

Why is all sand the same?


The Story of Our Planet


Bahaya Wabak Kencing Tikus



Leptospirosis sebabkan komplikasi seperti kegagalan fungsi hati, buah pinggang dan jangkitan kuman di otak


LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini.
Pada Mei tahun 2009 misalnya, kita dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.

Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam Pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis Berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola.

Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee berkata, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’
“Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia,” katanya.
Jelas Lee, jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii.
Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika.
Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.
Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis.
Rekod WHO menunjukkan antara kes wabak leptospirosis yang meragut banyak nyawa adalah ketika Taufan Mitch pada 1995. Wabak leptospirosis yang dilaporkan di Nicaragua itu membabitkan komplikasi pendarahan di paru-paru. Pada 1998, wabak itu melanda kawasan tengah Amerika Syarikat. Tahun yang sama ia berlaku di Peru dan Ecuador disebabkan banjir besar.
Pada 21 September 2000, empat kematian direkodkan di Perancis membabitkan peserta merentas desa, Eco-Challenge. Tarikh yang sama di Kanada enam kes disyaki dijangkiti leptospirosis juga membabitkan peserta merentas desa Eco-Challenge. Sementara pada 17 Jun 2004, Kementerian Kesihatan Kenya melaporkan enam kematian dan 141 kes jangkitan leptospirosis dilaporkan di sekolah menengah di Bungoma, Kenya.
Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.
Di antara faktor risikonya adalah:
1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

INFO: Leptospirosis
Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.
Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

Sumber : Berita Harian

Why are leaves green?



Otak dicuci ketika tidur

Semua orang tahu mereka akan sukar berfikir jika kurang tidur, sesuatu yang kurang difahami saintis sekalipun.
Bagaimanapun, satu kajian baru membayangkan seseorang yang nyenyak tidur akan berasa segar dan fokus apabila terjaga.
Ia disebabkan penyelidik menemui sistem baru di kepala yang membersihkan otak ketika orang itu tidur.

Otak tidur


Penemuan itu bukan saja dianggap boleh mengubah pemahaman mengenai tidur tetapi juga mungkin membantu untuk merawat masalah seperti Alzheimer yang ada kaitan dengan penambahan toksin dalam otak.

Sistem berhenti ketika jaga

“Kita ada sistem pembersihan yang hampir berhenti ketika kita terjaga dan bermula apabila kita tidur.
“Ia umpama membuka dan menutup paip air, sungguh dramatik,” kata Dr Maiken Nedergaard, pengarah bersama Pusat bagi ‘Translational Neuromedicine’ di Pusat Perubatan Universiti Rochester. 
Nedergaard adalah ketua penyelidik kajian yang disiarkan minggu lalu oleh jurnal Science.
Dia dan rakan mula melaporkannya tahun lalu mengenai sistem pembuangan sisa otak membuang produk toksik yang bertambah ketika seseorang itu terjaga.
Saintis berkenaan menggunakan alat mikroskop pengimbasan baru membolehkan mereka melihat ke dalam tisu termasuk otak tikus.
Mereka mendapati aktiviti pembuangan sisa itu bergerak dengan membuangnya ke dalam sistem pengaliran tubuh hingga sampai ke hati.
Mereka mendapati, ketika seseorang itu tidur, sel otak mengembang yang menambah ruang antara sel hingga 60 peratus membenarkan pembuangan berjalan dengan lancar.

Sumber: Berita Harian

Garbage Doesn't Lie


Sindrom ‘Old Hag’ – Bukan ditindih Hantu Semasa Tidur

old hag

Oleh : Stephen Wagner

PERNAHKAH anda mengalami situasi di mana anda terjaga daripada tidur dan secara tiba-tiba ada sesuatu yang berat sedang menindih tubuh anda?
Secara jujurnya, penulis sendiri pernah melalui keadaan ini beberapa tahun lalu dan saat itu, hanya ada satu perkara sahaja yang bermain dalam fikiran: Ada hantu sedang duduk di atas tubuh!
Bukan sahaja tidak dapat menggerakkan tubuh, malah hendak mengeluarkan suara untuk menjerit pun tidak mampu, seolah-olah sudah lumpuh.
Biarpun tidak sampai seminit, tapi impaknya terasa cukup menggerunkan sekaligus membuatkan penulis tidak mampu melelapkan mata selepas itu kerana cukup keliru dan takut dengan apa yang berlaku.

Penulis yakin ramai individu di luar sana turut mengaitkan insiden ‘lumpuh’ ini dengan gangguan hantu atau makhluk halus.
Hakikatnya, apa yang terjadi itu sebenarnya dinamakan Sindrom ‘Old Hag’ atau ‘lumpuh tidur’ yang sememangnya pernah direkodkan sejak zaman purba lagi dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Menurut Pengarah Pusat Gangguan Tidur di Pusat Pentadbiran Perubatan Veteran, Houston, Dr. Max Hirshkowitz, ‘lumpuh tidur’ terjadi semasa otak sedang mengalami peralihan fasa nyenyak, mimpi dan bangun, memetik laporan About.com.
Sewaktu berada dalam fasa mimpi, otak akan menghentikan semua fungsi otot agar kita tidak melakukan mimpi secara fizikal, sekaligus menjadikan kita ‘lumpuh’ sementara.
Secara mudahnya, jika anda tidak ‘dilumpuhkan’, mungkin anda akan berjalan, melompat, berlari atau melakukan sebarang perkara berbahaya mengikut mimpi anda.

Sindrom ini berlaku apabila anda terjaga sewaktu fasa ini sedang berlaku, sekaligus membuatkan anda tidak dapat menggerakkan tubuh.
Adakalanya, ‘lumpuh tidur’ turut disertakan dengan halusinasi yang menjadikan anda seolah-oleh mendengar ada orang sedang berjalan di dalam bilik, bunyi pintu dibuka, suara dan sebagainya, sekaligus menambahkan elemen ‘seram’ bagi mereka yang tidak memahami perkara ini.

Teori dan Pencegahan

Antara teori yang berkaitan dengan ‘lumpuh tidur’ ini ialah, ia kerap terjadi apabila anda tidur dalam keadaan telentang, selain tubuh yang terlalu letih.
Selain itu, gangguan mental atau pengambilan dadah penenang seperti Xamax dan Valium turut memungkinkan perkara ini terjadi.
Biarpun sindrom ini tidak dapat dijangkakan, anda boleh mengambil langkah pencegahan dengan mendapatkan tidur yang secukupnya dan menjauhkan diri daripada tekanan.
Senaman secara kerap juga boleh dilakukan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, namun pastikan ia tidak dilakukan pada masa yang terlalu hampir dengan waktu tidur anda.
Kesimpulannya, ‘lumpuh tidur’ ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan gangguan hantu seperti yang digembar-gemburkan selama ini dan anda tidak perlu panik sekiranya perkara ini terjadi.
Apa yang penting, ambil masa untuk bertenang dan anda akan pulih seperti biasa tanpa perlu membuat andaian yang anda ditindih hantu!

Sumber : The Old Hag Syndromme, About.com

- See more at: http://www.majalahsains.com/2013/11/sindrom-old-hag-bukan-ditindih-hantu-semasa-tidur/#sthash.O1RPzNBT.dpuf

Awasi Gejala Meningitis

Meningitis

Oleh: Datuk Dr Zulkifli Ismail
Pakar Pediatrik & Kardiologi Pediatrik


Meningitis ialah penyakit yang berlaku dengan cepat. Serangan ini tidak memberi masa untuk didiagnosis atau dirawat serta mempunyai kadar kematian yang sangat tinggi.

Gejala awal selalunya tidak spesifik dan menyerupai selsema atau flu dan apabila gejala klasik meningitis muncul. Keadaan ini mungkin sudah terlambat untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. Penyakit ini boleh merebak dengan cepat sekali , tempoh masa daripada bermulanya gejala awal hingga kematian hanya mengambil masa 24 jam.

Serangan ini disebabkan samada jangkitan virus atau bakteria. Kedua-duanya mudah berjangkit dan boleh menyebabkan kematian. Walaupun meningitis disebabkan jangkitan virus lebih tersebar luas (prevalen), penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria merebak dalam masa beberapa jam sahaja bukan beberapa hari; oleh kerana kadar kematiannnya yang tinggi, serangan kekal sebagai ancaman serius sejagat dan menyebabkan anggaran 170,000 kematian setahun di seluruh dunia.
Bagaimana serangan menular?
Risiko anda meningkat jika tinggal atau bekerja dengan seseorang yang menghidap penyakit meningitis. Bakteria Neisseria meningitides (salah satu bakteria utama penyebab meningitis) boleh hidup di belakang kerongkong seseorang, melainkan jika dia mendapat vaksinasi terhadap meningitis. Ini mudah berjangkit dan boleh menular apabila penghidap batuk, bersin, mencium atau berkongsi peralatan makan/minum dengan anak anda.

Siapakah yang berisiko?
Kanak-kanak dan orang dewasa muda (terutama yang tinggal berdekatan sesama sendiri seperti penuntut di kolej atau universiti yang tinggal di asrama), adalah mereka yang paling mudah dijangkiti meningitis (penyakit meningokokus). Namun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa tanpa mengira umur.

Apakah meningitis penyakit serius?
Ini adalah jangkitan serius membabitkan jangkitan darah. Di Malaysia, kes meningitis bakteria mengakibatkan 10 peratus kematian dalam kalangan pesakit, dan mereka yang terselamat berisiko kehilangan anggota (disebabkan jangkitan darah), dan 10 hingga 20 peratus daripada yang terselamat mengalami kerosakan otak, atau mungkin menjadi buta atau pekak.

Bolehkah meningitis dicegah?
Ya! Cara paling berkesan melindungi anda dan anak anda terhadap meningitis bakteria adalah dengan mendapatkan vaksinasi terhadapnya.

Bagaimanakah keberkesanan vaksin itu?

Vaksin konjugat meningokokal yang baru (melawan meningitis bakteria) adalah 90 peratus berkesan dalam mencegah penyakit meningokokal. Vaksin konjugat meningokokal terkini dilesenkan (melawan meningitis bakteria) adalah berasaskan pada 13 serotip pneumokokus yang paling lazim, di mana vaksin tersebut mempunyai efikasi perlindungan keseluruhannya sebanyak 60 hingga 70 peratus.
Apakah yang harus dilakukan jika anak dijangkiti?
Jika anda mengesyaki anak menunjukkan gejala meningitis, jangan teragak-agak mendapatkan bantuan perubatan segera. Anda mesti bertindak dengan pantas kerana penyakit ini boleh merebak dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Pastikan anda terangkan dengan jelas kepada doktor dan nyatakan kemungkinan anak menghidap meningitis atau septisemia.
Jangan sekali-kali memandang rendah kepada kepentingan vaksinasi! Mencegah meningitis adalah lebih baik daripada berhadapan dengan akibat jangkitan. Penting untuk anda mengetahui tanda-tanda meningitis; jika pada bila-bila mas aanda mengesyaki anak anda menghadapinya, jangan berlengah. Dapatkan rawatan serta merta!

Sumber : Berita Harian

11 Bilion Planet Saiz Bumi di kesan

planet

Ahli astronomi anggar satu daripada setiap lima bintang mampu simpan air

New York: Saintis berkata, kira-kira 11 bilion planet yang sama saiz dengan Bumi dan mengelilingi matahari, wujud di galaksi Bima Sakti dan ada di antaranya mungkin boleh didiami.
Dengan menggunakan satu kaedah pintar untuk mengesan exoplanet bersaiz Bumi yang mungkin mereka terlepas pandang, ahli astronomi menganggarkan bahawa satu daripada setiap lima bintang pada pusat sistem suria memiliki sebuah planet yang mampu menyimpan air di permukaannya dan mempunyai bahan kimia yang menyokong kehidupan.

Kehidupan pintar

Penemuan itu disiarkan dalam Prosiding Akademi Sains Kebangsaan, mewakili satu lonjakan besar ke arah kemungkinan kehidupan termasuk kehidupan pintar di alam semesta,” kata ahli astronomi UC Berkeley, Geoffrey Marcy yang terbabit dalam kajian terbaru itu.
Keputusan menunjukkan bahawa Bima Sakti menempatkan 11 bilion planet seperti Bumi. Jika planet yang mengorbit bintang kerdil merah dimasukkan jumlahnya meningkat kepada 40 bilion, kata Marcy.

Bancian planet terbaru
Paling hampir mungkin sejauh 12 tahun cahaya.
Bancian planet terbaru itu berdasarkan data dikumpulkan teleskop angkasa lepas Kepler, pemburu planet utama NASA. Analisis itu juga mengenal pasti mengenal pasti 603 exoplanet termasuk 10 planet bersaiz Bumi yang mengelilingi zon dan boleh didiami.
“Sejak dilancarkan pada 2009, Kepler membantu mendedahkan pelbagai dunia asing di Bima Sakti,” kata William Borucki yang mengetuai misi Kepler di Pusat Penyelidikan Ames, NASA di Mountain View, California.
“Kebanyakannya unik dan aneh termasuk mini Neptune dan super Jupiter yang tidak seperti planet lain dalam sistem suria kita.”
Beberapa planet yang jauh mengandungi air keseluruhannya manakala yang lain mempunyai ketumpatan yang lebih besar dari besi atau lebih rendah berbanding Styrofoam.
Daripada beribu-ribu planet yang dikaji Kepler, ahli astronomi UC Berkeley, Erik Petigura mempunyai satu soalan: Berapa banyak planet yang serupa seperti Bumi?

Sumber – Berita Harian

Galaksi Paling Jauh Ditemui

galaksi

New York: Pakar kaji bintang diketuai Dr Steven Willner daripada Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian menemui apa yang mereka percaya galaksi paling jauh pernah diketahui.
Galaksi itu, dilabel sebagai Z8-GND-5296, dilihat 700 juta tahun selepas Letusan Besar (Big bang).
“Jaraknya yang jauh membolehkan kami mendapat gambaran sepintas lau mengenai keadaan Bumi ketika ia berusia 700 juta tahun, iaitu lima peratus daripada usia sebenar Bumi sekarang 13.8 bilion tahun,” kata penulis kedua kertas kajian yang diterbitkan jurnal Nature, Dr Casey Papovich dari Universiti A&M Texas. 

Jarak 30 bilion tahun cahaya
Beliau berkata, oleh kerana alam semesta berkembang sepanjang masa, penyelidik menganggarkan jarak galaksi berkenaan secara kasar 30 bilion tahun cahaya.
Pakar astronomi berupaya secara tepat mengukur jarak galaksi berdasarkan satu kriteria daripada unsur hidrogen digelar peralihan ‘alfa Lyman’, yang mengeluarkan cahaya terang pada galaksi jauh.

Ia dikesan dalam hampir semua galaksi yang dilihat dari tempoh lebih satu bilion tahun selepas berlakunya Letusan Besar. 
“Apa yang menjadikan galaksi ini unik, berbanding penemuan lain seperti itu ialah pengesahan spektroskopi jarak,” kata penulis bersama Profesor Bahram Mobasher dari Universiti California.
Penemuan Z8-GND-5296 dilakukan menggunakan peralatan baru, dikenali Multi-Object Spectrometer for Infra-Red Exploration (MOSFIRE), di pusat pemerhatan cakerawala W.M. Keck di Hawaii.
MOSFIRE yang amat sensitif juga direka untuk mengesan cahaya lembayung merah dan boleh menyasarkan pelbagai objek pada satu masa.

Sumber : Berita Harian

Derma organ - Adakah anda sudah mendaftar?




Bapa tunai hasrat derma organ

JOHOR BAHRU 17 Okt. - Seorang bapa bertindak mendermakan injap jantung, hati dan buah pinggang anak perempuannya demi memenuhi hasrat arwah untuk memberikan organnya kepada mereka yang memerlukan.
Meskipun sedih, namun Azli Mohamed, 47, bersyukur kerana hasrat terakhir Farhah Fakhira, 17, berjaya dimakbulkan.
Menurut Azli, anak gadisnya itu meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pasir Gudang dekat sini Julai lalu.
Menurutnya, anak kedua daripada tiga beradik itu melahirkan hasrat untuk menderma organ awal tahun lalu ketika berbual dengan ibunya, Raja Fauziah Raja Yaacob, 46 tahun.
"Dia ada tanya kepada ibunya macam mana nak derma organ dan isteri saya beritahu salah satunya membabitkan pendermaan organ daripada individu yang mati otak. Anak saya kemudian melahirkan hasrat untuk mendermakan organnya," katanya semasa berkongsi cerita pada Minggu Kesedaran Pendermaan Organ peringkat negeri di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di sini hari ini.
Azli memberitahu, pada Julai lalu anak gadisnya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa hari sebelum disahkan doktor sebagai mati otak.
Menurutnya, ketika doktor memaklumkan anaknya itu mati otak, dia teringat kata-kata gadis itu yang ingin mendermakan organ dan dia sekeluarga mengambil keputusan mendermakan injap jantung, hati dan buah pinggang anaknya.
Meskipun sedih dengan kehilangan Farhah Fakhira, namun dia reda dengan ketentuan Ilahi dan menganggap pengorbanan anaknya itu tidak ternilai harganya dalam membantu penerima organ menjalani kehidupan lebih sempurna.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Izam Suleiman berkata, Johor adalah penyumbang utama pendermaan organ sejak awal tahun lalu dengan lima daripada 35 penderma dari negeri itu.
Katanya, dari 1997 hingga September lalu, seramai 33,644 orang mendaftar sebagai penderma organ iaitu yang kedua tertinggi selepas Selangor.
Menurutnya, Minggu Kesedaran Pendermaan Organ yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini bertujuan memberi penerangan dan pendedahan mengenai pentingnya menderma organ bagi membantu pesakit yang memerlukan.







Derma Organ - Satu Ikrar Sejuta Harapan

Derma Organ          

Pendermaan organ adalah proses memindahkan organ dan tisu daripada penderma yang masih hidup atau telah meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir. Pemindahan organ (transplan) merupakan kaedah rawatan yang terbukti berkesan dan dapat menyelamatkan nyawa. Pemindahan organ tidak akan berlaku sekiranya tiada penderma.

Di Malaysia, hanya penderma yang meninggal dunia secara mati otak sahaja yang boleh mendermakan organ dan tisu. Manakala penderma yang meninggal dunia secara biasa (jantung terhenti) hanya boleh mendermakan tisu.

Proses perolehan organ melibatkan pembedahan yang dijalankan oleh pasukan pakar bedah secara steril (sucihama). Proses ini tidak akan menyebabkan sebarang kecacatan kepada tubuh badan penderma. Selepas pendermaan dijalankan, luka pembedahan akan dijahit dengan sempurna.

Pendermaan organ dan tisu boleh dijalankan di kebanyakan hospital kerajaan dan swasta.  Bagi individu yang meninggal di rumah, hanya pendermaan mata boleh dijalankan.

Organ dan tisu yang boleh didermakan


Maklumat lanjut di http://www.dermaorgan.gov.my/

Bar Code vs Kod QR



Oleh Mohd Faizal Aziz

Barcode tidaklah begitu asing di kalangan sesetengah masyarakat kita. Kini hampir semua produk yang dijual di pasaraya, kedai-kedai, buku, hardware dan ribuan lagi mempunyai barcode. Bagaimana dan kenapa barcode digunakan?

Barcode adalah kumpulan data optik yang hanya boleh dibaca oleh mesin pengimbas yang diciptakan khas untuk tujuan itu. Barcode mempunyai garisan hitam dan putih. Ruang putih yang terletak di antara garis-garis lurus hitam merupakan bahagian data-data yang tersimpan di dalamnya.

Perbezaan saiz dan ketebalan garis ini dapat ditukarkan menjadi bentuk angka. Garis paling nipis melambangkan angka “1”, yang sederhana nipis diwakili dengan angka “2”. Paling tebal dikenali sebagai angka “4”. Setiap digit angka terbentuk dari urutan empat angka. 0=3211, 1=2221, 2=2122, 3=1411, 4 1132, 5=1231, 6=1114, 7=1312, 8=1213, 9=3112. Piawaian barcode yang digunakan di sebahagian besar dunia adalah EAN-13 (European Article Number-13) yang memuatkan empat informasi iaitu kod negara tempat produk tersebut didaftarkan, kod kilang yang menghasilkannya, kod spesifik produk dan kod untuk pengesahan produk ketika diimbas oleh mesin pengimbas.

Barcode kini telah melalui evolusi dan berkembang menjadi bentuk 2 dimensi. Data-datanya kini dikenali dengan geometri persegi, titik, heksagon dan bentuk-bentuk geometri lain. Barcode 2 dimensi ini lebih dikenali sebagai QR (Quick Response)code.

Kod QR kini jauh lebih canggih berbanding barcode terdahulu. Ini kerana ia mampu menyimpan semua jenis dan bentuk data seperti data numerik, data alphabet, data-data tulisan Jepun seperti Kanji, Kana, Hiragana. Selain itu ia juga mampu menyimpan data berbentuk simbol da kod binari. Lebih dari itu, kod QR ini juga mampu menampung data dalam bentuk horizontal dan vertikal, hinggakan ukuran gambar kod QR lebih kecil dna bersaiz satu persepuluh berbanding barcode jenis terdahulu.

Kod QR juga tahan rosak kerana ia mampu membetulkan kesilapan sehingga 30% meskipun sebahagian kod QR ini rosak atau kotor dan data tetap tersimpan di dalamnya dan boleh dibaca semula.

Kod QR dapat digunakan menggunakan telefon pintar yang memiliki apps pembaca kod QR, akses internet GPRS atau wi-fi atau 3G untuk menghubungkan telefon pintar dengan portal/website yang dituju.

Penggunaan teknologi kod QR kini semakin meluas. Di Jepun, kod QR digunakan untuk produk-produk sandwich untuk menyimpan data-data gizi makanan dan informasi alergi dari sandwich tersebut. Kod QR juga diletakkan di perhentian bas untuk mengetahui kedudukan bas yang sedang ditunggu dengan membuat sambungan ke CCTV di setiap jalan dengan sambungan rangkaian internet di telefon bimbit.

Begitulah sedikit sebanyak perbezaan barcode dan QR code.

Sumber – Wikipedia/Google

Why does Earth has dessert?


Minuman bergas, ubah tisu otak



Pengambilan secara kerap minuman bergas sarat dengan gula mungkin menyebabkan tisu otak bertukar, kata pakar.
Satu kajian mendapati pengambilan jangka panjang minuman manis menjurus kepada hiperaktif dan mengubah ratusan protein dalam otak.
Perubahan sama ke atas otak dapat dilihat dalam penyakit berkaitan kanser sehingga Alzheimer.
Penyelidikan itu dilakukan ke atas tikus namun saintis Australia berkata ia menyediakan bukti bahawa diet bergula mempunyai kesan sebaliknya ke atas kesihatan fizikal.        
Penyelidik kanan Jane Franklin berkata, “ di kalangan masyarakat Barat, ada peningkatan membimbangkan dalam pengambilan minuman bergula”.
Pengambilan Kalori
“Bagi kebanyakan orang dewasa, minuman ini mewakili sebahagian besar pengambilan kalori harian mereka.
“Penyelidikan kami mengatakan bahawa pengambilan jangka panjang minuman bergula berbanding air kosong boleh menyebabkan perubahan berkekalan terhadap kelakuan dan perubahan mendalam dalam bahan kimia otak.
“Jika anda haus, minum air kosong. Minuman ringan perlu dinikmati secara sederhana.”
Amaran itu muncul di tengah kebimbangan meningkat berhubung kesan kesihatan minuman ringan yang dinikmati jutaan rakyat Britain setiap hari.

Serangan jantung, diabetes, peningkatan berat badan tulang rapuh, kanser pankreas dan prostat, lemah otot dan lumpuh semuanya disebut sebagai punca masalah.
Kajian terbaru memfokuskan otak berbanding tubuh.
Franklin dari Universiti Macquarie di Sydney, membandingkan tikus yang minum air bergula selama sebulan dengan makhluk itu yang diberi air kosong.
Air dengan kandungan sukrosa mengandungi secara kasar kepekatan sama gula dalam minuman ringan.
Jadi hiperaktif
Tikus yang minum air gula menjadi hiperaktif dan pemeriksaan tisu diambil daripada hanya satu bahagian otak menunjukkan perubahan dalam tahap hampir 300 protein berbeza.
Penyelidik memberitahu persidangan tahunan Persatuan Sains Saraf Antarabangsa, “ ada sebahagian besar organisasi yang mengkaji kesan diet tinggi sukrosa untuk kesihatan jantung, obesiti dan perkembangan diabetes, namun kurang diketahui kesannya terhadap kesihatan mental dan fungsi sel otak.
“Kajian itu menunjukkan diet tinggi sukrosa boleh secara ketara menukar bahan kimia otak dan kelakuan”.
Sumber –Berita Harian

Zarah "Tuhan" - Hadiah Nobel 2013


Oleh Prof Datuk Dr Roslan Abdul Shukor

MENGAPA objek dalam dunia ini mempunyai jisim? Peter Higgs dari University of Edinburgh, Scotland dan Francoise Englert dari Universite libre de Bruxelles, Belgium telah memenangi hadiah Nobel Fizik tahun ini kerana memberikan jawapan kepada soalan ini.

Pada 1964, dua ahli fizik ini secara berasingan telah mencadangkan teori bahawa bahan mempunyai jisim disebabkan oleh sejenis zarah – yang kemudiannya dikenali sebagai zarah Higgs. Kira-kira 20 tahun yang lalu, Leon Lederman pemenang Hadiah Nobel Fizik bagi 1988 menyedari cabaran besar untuk mengesan zarah Higgs lalu menyebutnya sebagai 'Goddamn Particle' tetapi dilaporkan oleh pemberita sebagai 'God Particle' atau zarah tuhan. Nama ini kekal sehingga hari ini walaupun tidak disenangi oleh Lederman sendiri.

Untuk membuktikan kewujudan zarah Higgs, satu ekpserimen terbesar dunia dengan lilitan 27 km dalam terowong 100 m bawah tanah telah dibina. Alat Pelanggar Hadron Besar (LHC) dibina kerana zarah Higgs hanya boleh dikesan pada tenaga dan kelajuan tinggi. LHC terletak di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) Geneva, berhampiran sempadan Switzerland-Perancis. Ia mula dibina sejak 30 tahun lalu oleh 10,000 orang ahli sains dan jurutera dari 100 negara dengan harga mencecah 7.5 bilion Euro (RM30 bilion).
Alfred Nobel mewasiatkan hadiah diberikan untuk penemuan terpenting setiap tahun dalam bidang fizik, kimia, fisiologi atau perubatan, kesusasteraan dan keamanan.

Beliau pada awalnya tidak berminat untuk memberi hadiah keamanan tetapi akhirnya bersetuju setelah diyakinkan oleh mereka yang rapat dengannya. Mengapa Alfred Nobel menamakan bidang fizik sebagai bidang yang pertama dalam wasiat beliau adalah suatu yang menarik.

Adakah ini bermakna hadiah fizik paling berprestij berbanding yang lain? Fizik dianggap bidang yang paling terkehadapan pada hujung abad ke-19 dan mungkin Alfred Nobel juga berpendapat demikian lalu menamakan bidang fizik yang pertama dalam wasiat beliau.

Zarah Higgs juga dikenali sebagai boson Higgs. Nama boson mengambil nama ahli fizik tersohor India bernama Satyendranath Bose. Pada 1924, Bose di Kolkata telah menemui secara teori satu kelas zarah kuantum yang baru. Beliau seterusnya menerbitkan penemuan ini bersama Albert Einstein yang pada masa itu berada di Jerman. Zarah Higgs termasuk dalam kelas zarah yang ditemui oleh Bose lalu diberikan nama boson Higgs. Sumbangan utama Higgs dan Englert ialah menerangkan bagaimana bahan mendapat jisimnya.
Secara ringkas, medan Higgs yang dihasilkan oleh zarah Higgs terdapat di seluruh pelosok alam. Hasil interaksi bahan dengan medan ini menghasilkan jisim.




Pada 2012 dan awal 2013, kewujudan zarah Higgs dibuktikan melalui eksperimen di CERN. Higgs dan Englert diumumkan pemenang Hadiah Nobel Fizik pada pertengahan Oktober tahun ini setelah penantian selama 50 tahun. Agak menarik juga hadiah tahun ini diberikan hanya kepada ahli teori dan tidak kepada ahli eksperimen yang merekabentuk dan membina pengesan ini. Saintis yang membina eksperimen ini mungkin dipertimbangkan untuk hadiah tahun-tahun akan datang kerana pada setiap tahun hadiah ini dihadkan kepada tiga orang sahaja. Model Piawai (Standard Model) mengenai alam ini diperkukuhkan lagi dengan terbuktinya kewujudan zarah Higgs.

Alam semesta telah membuka satu lagi rahsianya kepada manusia, kali ini mengenai asal-usul jisim dalam bahan. Hadiah Nobel yang akan disampaikan di Stockholm, Sweden pada 10 Disember ini adalah satu pengiktirafan kepada semua ahli sains yang terlibat terutama Higgs dan Englert.

PROF. DATUK DR. ROSLAN ABD. SHUKOR adalah Pengerusi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga mantan Pengerusi Program Kerjasama Akademi Sains Malaysia-CERN.

Sumber – Utusan

Megapa Kita Tersedu?



Gejala biasa dihadapi manusia, ada kaitan dengan saluran pernafasan. Sedu menyebabkan individu rasa tidak selesa dan merimaskan. Ia adalah keadaan biasa dirasai sama ada bayi, kanak-kanak atau orang dewasa dan pelbagai cara digunakan untuk menghapuskannya.

Ada orang berpendapat, sedu berlaku disebabkan angin yang menyerang badan. Dari sudut kesihatan, ia berlaku apabila pengecutan otot diafragma secara berulang kali disebabkan beberapa faktor. Apabila anda menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Malah, apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru. Ada ketikanya diagfragma menjadi terganggu semasa kita membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap.Akibatnya, kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut dan apabila udara berebut-rebut masuk itu melanggar kotak suara anda, maka terhasillah bunyi sedu.

Persamaan dengan mamalia

Kalangan ahli saintis sejak beratus-ratus tahun lalu menjelaskan sedu tidak mendatangkan faedah berguna kepada manusia. Pengkaji yang diketuai Christian Straus yang bertugas di Hospital Pitie-Saltpetriere, Paris menjelaskan tersedu membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan ketika menyusu seperti tersedu membantu mengelak susu memasuki paru-paru. Beliau percaya, litar atau sirkit otak yang mengawal ventilasi atau pengudaraan insang merentasi dunia mamalia moden termasuk manusia.

Wujud banyak persamaan antara sedu dengan pengudaraan insang dalam kalangan binatang seperti berudu. Salah satu daripadanya, kedua-duanya menghalang paru-paru daripada mengembun. Mengapa tersedu?
Walaupun sehingga kini sebab kepada kejadian sedu ini masih belum diketahui, jika sedu dihadapi terlalu lama, lebih baik berjumpa doktor untuk rawatan seterusnya kerana dibimbangi terkena sedu yang dipanggil Chronic Hiccup. Antara gejala sedu berterusan ini kemungkinan dikaitkan penyakit saraf yang diwarisi, kecederaan pada saraf , toksik, penyakit metabolik yang merosakkan saraf, tahap gula yang tinggi dalam darah, gelak berterusan atau selepas mengambil minuman bergas, alkohol, roti kering dan makanan pedas, paru-paru berair dan kesan sampingan ubat.

Dalam satu penyelidikan mengenai sedu yang dianggap munasabah oleh pakar, sekumpulan saintis Perancis mencadangkan wujudnya kaitan di antara sedu dengan evolusi dan fakta yang mengatakan bahawa nenek moyang kita berasal dari laut. Mereka percaya, ia mungkin menunjukkan sifat atau ciri yang wujud zaman dulu kala, leluhur terdahulu mempunyai insang untuk membantu mereka bernafas. Malah, teori sedu yang diterbitkan dalam jurnal BioEssays menyatakan, kunci kepada tindak balas sedu terletak pada sekumpulan ikan primitif yang boleh menghirup udara yang kebanyakannya makhluk dua alam.

Punca sedu

  • Menelan terlalu banyak udara
  • Makan secara lahap
  • Berasa bimbang atau teruja
  • Merokok
  • Mengambil alkohol berlebihan

Kaedah menghilangkan sedu:

  • Tahan nafas selama beberapa saat. Pastikan duduk dengan tenang
  • Segera minum segelas air suam atau makan sesudu teh gula atau madu
  • Bernafas dalam plastik udara
  • Tenangkan jiwa dan minda

Sumber – Berita Harian
- See more at: http://www.majalahsains.com/2013/11/mengapa-manusia-tersedu/#sthash.Y0EvyKOc.dpuf

Mengapa Kita Menguap?



Menguap adalah sesuatu yang normal bagi manusia dan sebahagian mamalia yang lain. Adakala kita tertanya-tanya kenapa menguap? Kebanyakan berpendapat bahawa menguap terjadi sewaktu keletihan dan rasa mengantuk. Namun ia bukanlah suatu penjelasan yang boleh diterima dengan mudah oleh komuniti sains. Dan di kalangan ahli sains sendiri mereka mempunyai banyak versi dan pendapat tentang faktor-faktor yang menyebabkan menguap.

Jadi persoalan kenapa terjadinya aktiviti menguap akan disingkap dalam artikel ringkas ini.
Salah satu penjelasan paling kerap dihujahkan ialah menguap membantu menarik sejumlah besar udara untuk meningkatkan tekanan darah, degupan jantung dan kandungan oksigen dalam darah. Perubahan fisiologi ini meningkatkan fungsi neuron motor dan kewaspadaan kita, dan ia membantu kita tersedar atau terjaga ketika rasa letih dan kebosanan.

- See more at: http://www.majalahsains.com/2013/11/mengapa-kita-menguap/#sthash.DkkE9I7r.dpuf

Pertumbuhan biji benih~Tahun 2~




Sunday, 8 December 2013

Kestabilan dan kekuatan ~Tahun 5~

Aktiviti Sains : "Paku tergantung"




PengenalanPercubaan yang menarik ini kelihatan sukar seperti memaku ke dinding batu. Tetapi, jangan risau kerana kesan imbang balas akan melakukan semua kerja-kerja yang sukar untuk anda. Apa yang anda perlu buat ialah duduk dan lihat pelajar dan anak anda tergamam dengan kebolehan anda! Adakah anda bersedia untuk membuat imbangan paku yang sempurna? 

Apakah yang diperlukan?
11 batang paku
Satu blok kayu dengan lubang paku

Apakah yang perlu dibuat?
1. Dirikan paku yang pertama di atas blok kayu. Gunakan lubang itu untuk memasukkan bahagian paku yang tajam. Bahagian kepala paku yang tumpul itu harus berada di atas.
2. Baringkan paku yang kedua di atas meja.
3. Letakkan kepala paku yang ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan dan kesepuluh di sepanjang paku yang kedua secara berselang-seli.
4. Letakkan paku yang terakhir, paku yang kesebelas di atas kepala paku-paku yang disusun tadi. Letakkannya terbalik dan bertentangan posisinya dengan paku yang kedua.
5. Angkat perlahan-lahan paku-paku itu dengan memegang paku yang paling bawah (paku kedua) dan paku yang terakhir (paku yang kesebelas).


6. Letakkan paku-paku itu di atas kepala paku yang pertama yang berdiri di atas blok kayu.

Apakah yang berlaku? / Pengisian Sains
Jika ia dilakukan dengan berhati-hati, anda akan berjaya meletakkan kesemua 10 paku itu di atas kepala paku yang pertama. Ia sesuatu yang nampak mustahil dan menakjubkan tetapi ia boleh dilakukan! 
Paku-paku itu tidak jatuh kerana setiap satunya mengimbang balas (counterbalance) di antara satu sama lain. Berat paku yang terletak di satu bahagian diimbangi pula oleh berat paku di satu bahagian yang lain.
Paku yang teratas dan juga paku yang kesebelas diletakkan melintang hanya membantu untuk "memegang" kesemua paku-paku yang tergantung itu ditempatnya.
Dalam medan graviti atau gravitational field, sebarang objek akan berada di dalam keadaan yang paling stabil apabila pusat jisimnya adalah serendah yang mungkin. Pusat jisim himpunan paku itu berada di bawah takat sokongan dan adalah paling rendah apabila ia seimbang.
Jika paku-paku itu terbuai ke satu bahagian, pusat jisimnya akan naik sedikit. Daya graviti akan segera "memulihkan" keadaan dan bertindak untuk membawa himpunan paku itu ke arah keseimbangan semula.

Tahukah anda?
Kren menggunakan konsep yang sama. Ia mengimbang balas dengan pemberat di bahagian bertentangan kren sewaktu ia beroperasi untuk mengangkut atau mengambil sesuatu. Jika tiada pemberat untuk mengimbang balas berat kren, ia pasti akan terbalik!

Cubalah!
Cuba anda putarkan himpunan paku itu di atas kepala paku yang pertama. Mampukah anda berbuat demikian?
Gunakan konsep yang yang sama dan cuba dengan paku yang lebih banyak. Buat satu cabaran untuk melihat siapa yang berjaya untuk "menggantung paku di awang-awangan" dengan menggunakan paku paling banyak!

Cubalah juga susunan yang berbeza. Ada berapa jenis susunan yang boleh dibuat menggunakan paku-paku yang sama?


Buruj ~Tahun 5~

Aktiviti Sains : "Buruj Kacang Hijau"




Pengenalan
Kaedah yang terbaik untuk mengajar tentang buruj ialah melalui pencerapan bintang atau "star-gazing". Namun begitu faktor-faktor seperti cuaca, awan tebal dan pencemaran tidak membolehkan kita melihat bintang yang cerah di waktu malam. Aktiviti ini ialah salah satu aktiviti alternatif yang boleh membantu pelajar mengenali dan mengingati pola buruj.

Apakah yang diperlukan?
1. Kertas lukisan
2. Kacang Hijau dan Kacang Merah
3. Gam

Apa yang perlu dibuat?
1. Minta pelajar untuk melakarkan bentuk atau pola buruj di atas kertas lukisan.
2. Pelajar kemudiannya diminta melekatkan kacang hijau mengikut lakaran yang dibuat.
3. Sebagai aktiviti lanjutan, gunakan kacang merah untuk menunjukkan bintang yang paling cerah pada buruj tersebut. Contohnya bintang Antares pada Skorpio (Scorpio), Bintang Rigel dan Bintang Betelgeuse pada Buruj Belantik (Orion).

Pengisian Sains
Buruj merupakan sekumpulan bintang-bintang yang membentuk suatu bentuk, imej atau corak di langit. Bintang-bintang memancarkan cahaya yang sangat terang menyebabkan bintang-bintang itu boleh dilihat dari Bumi.
Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah menjumpai sejumlah 88 buruj. Empat buruj yang paling terang antara buruj-buruj lain adalah; Buruj Biduk (Big Dipper), Buruj Belantik (Orion), Buruj Pari (Southern Cross) dan Buruj Skorpio (Scorpion).


Buruj Pari

Buruj Belantik

Buruj Biduk

Buruj Skorpio

Kita tidak boleh melihat kesemua buruj pada masa yang sama. Ini adalah kerana kedudukannya yang sentiasa berubah disebabkan putaran Bumi pada paksinya dan pergerakan Bumi mengelilingi matahari.
Tahukah anda?
Ada sebanyak dua belas buruj membentuk zodiak. Ahli zodiak termasuklah; Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagittarius, Capricorn, Aquarius dan Pieces.

Cubalah!
Ada pelbagai cerita mitos yang berkaitan dengan buruj. Guru boleh membuat sedikit penyelidikan di perpustakaan atau melalui internet sebagai bahan perkongsian yang menarik di dalam kelas. Secara alternatifnya, minta pelajar mencari maklumat tentang kisah mitos berkaitan untuk dikongsi bersama.

Pepejal + Cecair = Gas! ~Tahun 5~

Aktiviti Sains : "Pepejal + Cecair = Gas!"

PengenalanCubalah eksperimen mudah ini untuk memperkenalkan pelajar dan anak-anak tentang tiga fasa atau keadaan jirim. Ia hanya memerlukan barang-barang yang mudah didapati dan tidak sukar untuk disediakan. Ekperimen ini pasti akan membuat mereka tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang fasa atau keadaan jriim!
Apakah yang diperlukan?
Serbuk penaik (baking powder)
Sudu besar
Corong
Cuka makan
Botol
Belon
cawan
Sudu
Apakah yang perlu dibuat?
1. Masukkan satu sudu besar serbuk penaik ke dalam botol dengan menggunakan corong.
2. Ketuk-ketukkan corong itu supaya serbuk penaik itu turun masuk ke dalam botol.
3. Pastikan anda sudah bersedia dengan belon untuk dimuatkan ke mulut botol kerana ia bahan-bahan yang akan digunakan agak cepat bertindak balas!
4. Tuangkan setengah cawan cuka ke dalam botol dengan menggunakan corong tadi.
5. Dengan cepat, muatkan belon itu kepada mulut botol itu untuk memerangkap gas yang terbebas. 
Apakah yang berlaku / Pengisian Sains
Melalui eksperimen ini pelajar boleh melihat sendiri kedaan jirim yang terhasil apabila sesuatu tindak balas kimia berlaku. Di dalam tindak balas kimia ini, serbuk penaik (pepejal) bertindak balas dengan cuka (cecair) dan menghasilkan karbon dioksida (gas).
Gas karbon dioksida adalah lebih berat daripada udara. Gas ini menyebabkan udara yang ada di dalam botol itu terpaksa bergerak ke atas dan memenuhi belon. Belon itu seterusnya membesar dengan campuran udara dan juga gas karbon dioksida.
Eksperimen ini boleh digunakan untuk melihat adanya tiga fasa atau keadaan jirim. Ini dilakukan dengan membuat perbandingan dan melihat perbezaan di antara sifat-sifat keadaan jirim yang berbeza sebelum dan selepas dicampurkan.Tahukah anda?
Mengikut spesifikasi kurikulum kebangsaan, kita dikehendaki belajar tentang tiga fasa atau keadaan jirim. Menurut kajian saintifik yang terbaru, terdapat lima fasa atau keadaan utama jirim.
Fasa-fasa atau keadaan-keadaan itu ialah pepejal, cecair, gas, plasma dan kondensasi Bose-Einstein (Bose-Einstein condensates).
Unsur-unsur dan sebatian-sebatian boleh berubah dari satu fasa ke fasa yang lain apabila hadirnya kesan-kesan fizikal yang khas. Satu contoh kesan ini ialah suhu. Fasa atau keadaan jirim boleh berubah apabila suhu berubah. Secara amnya, apabila suhu meningkat, jirim berubah kepada keadaan yang lebih aktif.
Fasa menerangkan tentang keadaan fizikal jirim. Kata kunci yang penting di sini ialah perkataan "fizikal". Sesuatu benda hanya bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dengan cara fizikal.
Sebagai contoh, jika tenaga ditambah dan menyebabkan peningkatan suhu atau penambahan tekanan, satu perubahan fizikal akan berlaku. Jika tenaga diambil seperti proses pembekuan atau penurunan tekanan, satu perubahan fizikal juga akan berlaku.

Satu sebatian atau unsur boleh berubah dari satu fasa ke fasa yang lain tetapi masih menjadi bahan yang sama. Anda boleh melihat wap air di atas seperiuk air yang mendidih. Wap air itu (atau gas), boleh terpeluwap dan menjadi setitik air.
Jika anda letakkan titis air itu di dalam peti ais, ia akan berubah menjadi pepejal. Tidak kira apa perubahan fasa pun, ia tetap air dan sentiasa mempunyai sifat kimia yang sama. Itu ialah perubahan fizikal. Dalam erti kata lain, perubahan fizikal tidak merubah sifat kimia sesuatu bahan itu.
Sebaliknya, jika ada perubahan kimia pada air, ia akan merubah cara ia bertindak. Ini adalah kerana perubahan kimia menukar air kepada sesuatu yang baru.
Cubalah!
Ada pelbagai cara lain untuk anda lakukan aktiviti di atas:
1. Masukkan serbuk penaik ke dalam belon. Kemudian masukkan cuka pula ke dalam botol. Muatkan belon di mulut botol. Apabila anda sudah bersedia, masukkan serbuk penaik ke dalam botol melalui belon yang bertindak sebagai "kantung simpanan sementara".
2. Anda juga boleh buatkan aktiviti ini secara berkumpulan. Sediakan barang-barang di atas meja. Pastikan setiap kumpulan mendapat bahan yang sama. Berikan juga secawan air sebagai bahan tambahan. Cabaran setiap kumpulan ialah untuk mencampurkan air, cuka dan serbuk penaik di dalam botol dan menangkap gas yang terhasil di dalam belon. Kumpulan dengan belon yang terbesar akan dikira sebagai pemenang. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, ia juga menggalakkan pelajar untuk menggunakan kemahiran proses sains untuk mendapatkan hasil yang terbaik!


Photo credit:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMDQ2TvKKHCz3gfzdiL5h5DXrupqH1JEA8RAD-PA7isqjJ_YOGHi15QABqj0KrVpFGU1vvyX6MVidrGEw6dNXJunp1DIg1Ho7wJSwYlIzDGlqgI5stfA1Ktbl1ard-ZLNEm06kB-kNTq5g/s1600/IMG_1433.jpg
http://4.bp.blogspot.com/_dOJGn2J-VHg/TNr603i83nI/AAAAAAAAAr8/bhwYvWpRaV8/s400/ThreeStatesofMatter.jpg
http://notjustcute.com/wp-content/uploads/2011/07/blog-posts3.jpg
http://static.prometheanplanet.com/images/resources/themes/chemistry/image-chemistry-matter.jpg
http://www.chem4kids.com/files/art/matter_states1.jpg
http://www.chem4kids.com/files/art/matter_changes1.gif
http://www.linkstolearning.com/Images/matter_states2.gif
http://www.plasmas.org/E-4phases2.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIbG-dTlnlxKxIKlIb0L8mNe4VDB4EQdjWFATim4CGhar5JoYSf72L1OHzDzR5aLMr03QcgNrhF35Feftq6nyiFZV_53qgiTbkVmVkiZtuegOJ01l3fedO_rvkX-n0c-KTzwP6sXTzG7W0/,%252020092.jpg

From egg to chicken


This cute representation of how many beats per second these animals' hearts make!


Star size comparizon ~Tahun 4~


Eco school programme




Introduction to the Eco-Schools Programme
Eco-Schools is an international initiative designed to guide schools in implementing a whole-school approach towards environmental and sustainability education. Its holistic, participatory approach and combination of learning and action make it an ideal way for schools to embark on a meaningful path for improving the environments of schools and their local communities. Currently, the programme is being implemented in over 50 countries around the world, involving more than 40,000 schools. Its adoption in Malaysia offers the promise of consolidating various environmental education efforts that are already in place in schools.
At the international level, the programme is run by the Foundation for Environmental Education (FEE). FEE is a non-governmental and non-profit organization aiming to promote sustainable development through environmental education (including formal school education, training of staff and general awareness-raising). It is an international umbrella organisation with one national member organisation per country representing FEE on the national level and in charge of implementing FEE programmes nationally. It has 66 member organisations in 58 countries around the world.
WWF-Malaysia became an associate member of FEE in 2010. It also became the national operator for the Eco-Schools Programme in Malaysia. The implementation of the programme in Malaysia is supported by a National Eco-Schools Committee, made up of partners from the following ministries, government agencies, universities and organisations: Ministry of Education, Ministry of Natural Resources and Environment, Department of Environment, Yayasan Anak Warisan Alam Malaysia, Natural Resources and Environment Board Sarawak, Sabah Environmental Education Network, University Malaya, University Kebangsaan Malaysia, University Sains Malaysia, Global Environment Centre, Friends of Kota Damansara, Malaysian Nature Society, and Scout for Nature. 

The 7 Step Methodology
At the heart of the eco-schools programme is a 7 Step Methodology, which functions as a framework that guides schools in their path towards becoming an eco-school. The methodology also provides a certain level of uniformity in the implementation by all participating schools worldwide. The seven steps are as follows:
  1. Establish an eco-schools committee
  2. Carry out an environmental review
  3. Establish an action plan
  4. Monitor and evaluate progress of the action plan
  5. Link the practical initiatives based on certain environmental themes to the curriculum
  6. Inform and involve the wider community
  7. Develop an eco-code
The 9 Themes
Eco-Schools can focus on the following environmental themes, though they are not limited to just these themes. It is expected that the themes will provide meaningful pathways to the students for improving the environment of their schools, in collaboration with stakeholders in their local communities. The themes are:
  1. Water
  2. Waste/litter
  3. Energy
  4. Nature and biodiversity
  5. School grounds
  6. Transport/Sustainable mobility
  7. Healthy Living
  8. Local Agenda 21
  9. Climate Change